Monday, 28 August 2017

RUMUSAN PERISTIWA 13 MEI 1969

RUMUSAN

- Peristiwa yang berlaku pada 13 mei 1969 telah memberi pengajaran kepada rakyat malaysia agar saling memupuk semangat patriotik serta perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza kaum.

-Rakyat Malaysia seharusnya mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut agar peristiwa berdarah seperti itu tidak terjadi semula pada masa akan datang. Perpaduan antara kaum boleh dicapai berdasarkan prinsip rukun negara.

- jika kita semua sebagai rakyat malaysia tidak bersatu,serta saling memahami antara satu sama lain,perkara tersebut akan segera kembali semula

mahukah anda perkara sebegini berulang kembali??????

jawapannya ada pada anda diluar sana...bersama-sama lah kita mengekalkan perpaduan antara kaum bagi mewujudkan keharmonian serta kesejahteraan negara malaysia yang tercinta ini

Usaha Kerajaan Pada Ketika Itu

usaha kerajaan

1) Mengawal berita-berita radio dan televisyen, menapis penerbitan akhbar-akhbar serta mengharamkan jurnal yang diterbitkan oleh parti-parti politik
2) Kerajaan telah mengisytiharkan darurat serta perintah berkurung
3) Pembentukan Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN ) pada 17 mei 1969
4) Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara (JPN)
5) Majlis Muhibah Negara (MMN) pada 18 mei 1969
6) Penubuhan Majlis Perundingan Negara (MAPEN) pada 29 januari 1970

GAMBAR SEMASA RUSUHAN 13 MEI 1969

GAMBAR RUSUHAN 13 MEI 1969


- sebanyak 211 kenderaan musnah
-angka rasmi menunjukkan bahawa jumlah angka korban seperti berikut :
. 196 mati
. 439 cedera
. 39 hilang
. 9143 ditahan

walau bagaimanapun,, jumlah ini kemungkinan lebih kerana ramai yang tidak merekodkan kecederaan mereka

Apa Yang Berlaku Pada 11,12, dan 13 mei???

Apa Yang Berlaku???

- Pihak Pembangkang telah membuat perarakan pada 11 dan 12 mei 1969 secara besar-besaran  bagi meraikan kemenangan pilihan raya tersebut tetapi perarakan itu tidak mendapat sebarang izin dari pihak polis sehingga bantuan ketenteraan dipanggil.

- Dalam masa yang sama, UMNO terasa tercabar lalu mengadakan perarakan  untuk meraikan kejayaan menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya, Perarakan ini diketuai oleh Datuk Harun Idris iaitu Menteri Besar Selangor.

- Namun perarakan ketika itu bertukar menjadi provoaktif yang telah membakar semangat setiap sehingga membawa kepada titik hitam dalam sejarah negara. pada ketika itu, rusuhan dan pergaduhan mula tercetus sehingga polis tidak dapat mengawal lalu bantuan ketenteraan telah dipanggil.

- Rusuhan ini tercetus dan mula tersebar di Kuala Lumpur, kampung datuk keramat, dan kawasasan sekelilingya . bermula lah peristiwa berdarah pada ketika itu dimana seorang ahli UMNO telah dibunuh dan pada hari yang sama diikuti lagi dengan 2 orang cina mati dipancung.

-kejadian dipanggung odeon juga berlaku pembunuhan apabila pemuda-pemuda cina dan kongsi gelap telah bertindak mengepung panggung odeon.

VIDEO 13 MEI 1969

video mengenai 13 mei 1969


hanya sekadar video untuk pengetahuan serta untuk dikongsi bersama....

PERISTIWA 13 MEI 1969

Pengenalan

Pernakah anda dengar peristiwa 13 Mei 1969 yang melanda Malaysia pada ketika itu????
Adakah anda tahu apa yang terjadi ketika itu????

-Pada 13 Mei 1969, Malaysia mencatatkan sejarah pahit kerana pada ketika itu berlaku rusuhan antara kaum iaitu kaum melayu dengan kaum cina. Tragedi ini berlaku selepas Pilihan Raya pada 1969.

- Pada Pilihan Raya ketika itu, Parti-parti pembangkang iaitu Parti Tindakan Rakyat (DAP) dan Gerakan telah memenangi kerusi dengan jumlah 25 buah kerusi dalam Pilihan Raya dan Parti Perikatan memenangi 12 buah kerusi.

-Walaupun Parti Paerikatan masih boleh membina kerajaan,tetapi kemenangan yang dicapai merosot berbanding dengan kemenangan jumlah kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya yang sebelumnya

PERISTIWA 13 MEI 1969

Peristiwa 13 Mei 1969


sejarah pahit yang melanda malaysia pada 13 Mei 1969