Monday, 28 August 2017

Bilakah rukun negara diperkenalkan

Bilakah Rukun Negara diisytiharkan?

Tahukah anda bila Rukun Negara ini diisytiharkan?
Siapakah yang mengisytiharkan Rukun Negara?
- Rukun Negara diisytiharkan pada 31 ogos 1970 yang dibentuk oleh Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN ) iaitu setahun selepas peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 mei 1969. Pada ketika itu Majlis Gerakan Negara (MAGERAN ) telah dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih pentadbiran negara. Pengisytiharaan tersebut diisytiharkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Ismail Nasirudddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Muazzam Shah III iaitu Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-4 dan sempana ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13

Siapakah pula Majlis Gerakan Negara (MAGERAN ) ????


-Majlis Gerakan Negara (MAGERAN ) adalah badan pentadbiran negara pada zaman darurat semasa tragedi pahit yang berlaku di negara Malaysia pada 13 Mei 1969. MAGERAN ini telah dibubarkan pada 1971 dengan pemulihan Parlimen

No comments:

Post a Comment