Kebanyakan masyarakat hanya tahu melafazkan ikrar rukun negara sahaja tetapi tidak mengetahui apa yang tersirat disebalik yang telah dilafazkan itu.
1) Kepercayaan Kepada Tuhan
- semua bangsa mempunyai agama dan kepercayaan. Masyarakat yang beragama mudah dibentuk dan mudah durus bagi menjadi seorang warganegara yang baik serta bertanggungjawab. Hal ini disebabkan,semua agama mengajarkan kebaikan dan mendisiplinkan diri serta saling hormat-menghormati orang lain walaupun berlainan agama,bangsa,keturunan dan warna kulit.
- Ketidakpercayaan kepada tuhan dapat meruntuhkan kepribadian seseorang serta dapat membuatkan seseorang itu menjadi seorang yang tidak mempuyai moral. kesannya akan membawa kepada ketidaksopanan serta tidak menghormati masyarakat sekeliling sehingga dapat mencetuskan perbalahan.
2) Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
- Setiap rakyat di Malaysia perlu taat setia kepada raja dan negara tanpa menderhaka kepada raja serta tidak menjadi pembelot kepada negara yang mampu menggugat keselamatan negara. Rajaraja adalah lambang perpaduan rakyat. Penghayatan daripada prinsip ini dapat membentuk negara malaysia yang berpatrotik serta bersatu padu kerana raja-raja adalah payung negara yang menaungi rakyat.
-justeru itu, rakyat perlu taat kepada raja tanpa mempertikaikan kedudukan raja-raja. Ini dapat mewujudkan masyarakat yang mempunyai kesetiaan kepada negara.
3) Keluhuran Perlembagaan
-Perlembaggan negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di
negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak
boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana
pihak.
-Dalam masa yang sama, Perlembagaan adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem
pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat. Prinsip
Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau
perlembagaan itu sendiri.
4) Kedaulatan Undang-Undang
-Setiap negara mempunyai undang-undang bagi menjamin kesejahteraan serta keharmonian masyarakat. oleh itu,setiap masyarakat perlu mengikuti undang-undang yang telah digubal oleh kerajaan bagi menjamin keharmonian negara tanpa melakukan sebarang kesalahan dari segi undang-undang.
-Undang-undang negara berasaskan perlembagaan negara. Oleh itu,kedaulatan undang-undang yang telah digubal perlu diterima tanpa membantah dan perlu dipertahankan.
5) Kesopanan Dan Kesusilaan
- .
Sikap bersopan santun dan saling hormat-menghormati seharusnya perlu diamalkan bagi membentuk seseorang
individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan
membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. .
Prinsip ini mesti menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat
sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan
tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Hal ini demikian kerana, sikap nilai murni dapat melambangkan keperibadian seseorang serta dapat menjamin masyarakat yang saling hormat-menghormati.
No comments:
Post a Comment