Sunday, 27 August 2017

Rukun Negara Sebagai Ideologi

           


Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin kongsikan mengenai Rukun Negara kepada anda semua. Pernahkah anda dengar apa itu Rukun Negara? Tahukah anda apa itu yang dikatakan Rukun Negara? 
-Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia sehingga hari ini. Sebagaimana yang kita tahu, negara Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan kaum yang terdiri daripada 3 kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India
 -Oleh itu, kerajaan Malaysia telah meggubal satu prinsip bagi menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni tanpa sebarang perbalahan antara kaum seperti yang terjadi pada 13 Mei 1969.
-Sehubungan dengan itu, prinsip yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah Prinsip Rukun Negara, dimana prinsip ini perlu ada dalam diri setiap individu serta diamalkan oleh setiap rakyat di Malaysia agar kesepaduan antara kaum dapat dicapai sesuai dengan objektif penggualannya. Saya yakin dan percaya bahawa ramai masyarakat di luar sana tidak mengerti maksud yang tersirat didalam Rukun Negara dan mungkin ada sesetengah masyarakat yang tidak mengetahui apa itu Rukun Negara bahkan ada yang tidak pernah dengar lebih-lebih lagi generasi pada zaman sekarang.



2 comments: